PayPips

Making Money Work for Us

PayPips Dot Com

Original Profitunity Home Study DVD + Manual For Sale

Salam WBT,

Para sahabat yang dihormati sekalian..

Pada hari ini saya menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Set Original Profitunity Home Study DVD + Manual dengan harga RM6700 (Diskaun 50% daripada harga asal pembelian). Set tersebut DIJAMIN 100% seperti baru TANPA CALAR, TANPA KOYAK, TANPA ROSAK, dan BERSIH.

Bagi sesiapa yang berminat (Serious buyer ONLY) boleh COD dikawasan2 seperti Bandar Baru Bangi dan Putrajaya. Lain2 kawasan barangan akan dihantar melalui pos (Kos ditanggung oleh pembeli).

Tujuan penjualan: Untuk menampung kos menunaikan umrah.

Pemain FOREX Pemusnah Sistem Matawang?

Ulasan terbaharu daripada Ustaz Zaharuddin.

Mulakan bacaan anda dengan Isti’azah dan Basmallah.


Punca Gawat & Matawang Emas Akan Gagal Jika..

- Kembalikan Fungsi Asal Matawang -

- Pemain forex pemusnah system matawang -

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

gold.jpg

Tidak dinafikan sistem kewangan Islam yang wujud hari ini masih banyak kelemahan dan kekurangannya.  Dari pelbagai jenis sudut, sama ada dari sudut rangka kewangan dunia yang mengcengkam, system perundangan yang banyak kalanya tidak bersedia dan tidak menepati, pemegang saham perbankan Islam yang ‘tidak’ ihsan serta terlalu mengejar keuntungan, sistem perkomputeran dan pengiraan yang masih lagi ‘terpaksa’ mengikut rentak majoriti yang konvensional, produk perbankan Islam yang masih terbawa-bawa kehendak pelanggan berminda konvensional, pelanggan yang terlalu ‘demand’ kesempurnaan pada praktis perbankan Islam tetapi diri sendiri terlalu jahil tentang Fiqh Muamalat dan kewangan moden hingga akhirnya menjadi racun kepada umat Islam, sistem matawang  fiat yang direka, dicipta dan diatur tidak dengan cara yang betul dan panjang lagi senarainya jika ingin saya kongsikan di sini.

Dari senarai panjang tersebut, hanya satu yang ingin dikongsikan bersama dalam tulisan ringkas padat ini. Iaitu topik berkaitan sistem pengendalian matawang yang menyukarkan perubahan untuk melahirkan system kewangan Islam yang terbaik. Kesalahan pengendalian  dan regulasi matawang hari ini telah diakui oleh begitu ramai pakar dari kalangan Muslim dan bukan Islam sebagai salah satu punca berlakunya kegawatan demi kegawatan.

Di dalam Forum Kewangan Dunia di Geneva 2010, baru-baru ini, Pengerusi Majlis Syariah Kesatuan Kewangan Islam Sedunia (AAOIFI) yang juga Naib Presiden Darul Uloom, Karachi, Syeikh Mufti Taqi UThamni telah berusaha berkongsi pandangan sebagai mewakili majoriti besar ulama dan ahli ekonomi Islam berkenaan system matawang.

Beliau cuba membawa menyedarkan pemimpin-pemimpin Negara maju untuk membuat satu perubahan radikal jika benar-benar ingin mengelakkan berulangnya ‘serangan’ kejatuhan ekonomi di masa akan datang. Sesuai dengan tema program tersebut yang cuba mencari punca dan penyelesaian bagi kegawatan ekonomi baru-baru ini.

Benar, di waktu dan ketika ini, yang praktikal adalah dengan cuba meyakinkan pemimpin Negara maju ini untuk berubah, itu adalah salah satu cara terbaik untuk mempengaruhi system besar kewangan dunia untuk berubah dan dibaikpulih sedikit demi sedikit. Memang kita boleh menunjuk ‘lagak’ untuk mempertikai itu dan ini dan mengkritik system kewangan Islam dengan pelbagai tuduhan keras selagi menumpang di atas system kewangan konvensional dan menggunapakai matawang fiat kertas.

Namun pandangan ideal semata-mata yang tidak menjejak di bumi pasti akan gagal menyakinkan pemimpin Negara maju untuk berubah, lalu ia akan kekal menjadi mimpi dan idaman sahaja.

Atas dasar itu, kita bersyukur dan berterima kasih atas usaha Syeikh Taqi Uthmani yang amat cemerlang. Beliau mengusulkan idea perubahan praktikal yang mesti dilakukan oleh dunia bagi menghasilkan sesebuah system kewangan yang lebih dinamik dan selamat di masa akan datang.

Salah satu cadangannya patut difahami sebaiknya oleh kita semua, selaku umat Islam sendiri. Kerana bagaimanakah boleh kita mengharapkan perubahan hanya dari minda dan tangan pemimpin barat sedang kita sendiri tidak faham apa yang sepatut dan yang tidak. Justeru, di kesempatan ini saya ingin menegaskan satu perkara sahaja.

Tanpa niat untuk mengulas secara mendalam perihal matawang emas dan praktikalitinya di dunia moden, sebenarnya ada satu isu yang lebih basic dari isu tersebut, yang tanpa memahaminya, matawang dinar emas ( jika mampu dilaksana) juga akan tetap gagal dalam membentuk sebuah system ekonomi yang Islamik dan stabil. Ia adalah isu kemestian untuk mengembalikan fungsi matawang dalam Islam.

KEMBALIKAN FUNGSI ASAL MATAWANG

Imam Abu Hamid Al-Ghazali sejak 900 tahun dahulu telah menegaskan fungsi asal dan asas bagi matawang menurut perspektif Islam. Beliau berkata

“Penciptaaan dirham dan dinar ( matawang emas dan perak) adalah benar-benar satu rahmat dari Allah ta’ala, kedua-duanya pada hakikatnya tiada nilai tersendiri yang boleh dimanfaatkan oleh manusia (seperti untuk makan dan minum), tetapi akhirnya semua manusia memerlukannya disebabkan semua manusia memerlukan nilai suatu komoditi (barang) untuk ditukarkan bagi mendapatkan keperluan asasi makanan dan pakaiannya. Atas sebab itu, transaksi yang melibatkan pertukaran barangan antara satu sama lain tidak dapat dielakkan, Namun masalahnya, bagaimana untuk diukur nilai sesebuah barang dan ditetapkan harganya? Justeru keperluan itu, semua barangan keperluan ini memerlukan satu barang perantaraan yang boleh menjadi ukur rujuk bagi nilai. Maka itulah gunanya dinar dan dirham ini (wang emas dan perak), kedua-dua logam berharga itu akan  menjadi ukuran nilai sesuatu barangan lain kerana KEDUANYA TIDAK MENJADI OBJEKTIF jual beli, ia hanya menjadi perantaraan, jika kedua menjadi OBJEKTIF seluruh system ekwangan akan ROSAK DAN TERGANGGU. Kerana itulah Allah menciptankannya, melalui perantaraannya, pertukaran barangn kepelruan yang menjadi sasaran dan oibjektif jual beli akan terjamin keadilannya.”

Dari penerangan Imam Al-Ghazzali ini, jelas pendirian ekonomi Islam berkenaan matawang tidak kira ia dari jenis emas, perak atau kertas fiat adalah:-

a) Matawang mestilah hanya sebagai perantara bagi tranksaksi jualbeli komoditi sebenar sahaja dan ia sendiri BUKAN komoditi.

b) Matawang mesti menjadi panduan ukuran nilai sesuatu barang keperluan.

Kedua-dua syarat di atas saling berkait, tanpa salah satu, ia akan gagal menjadi matawang yang dikehendaki oleh Islam.

Ini juga konsep yang telah diakui tepat oleh para ahli ekonomi seluruh dunia, khususnya Muslim economist. Malangnya, di ketika ahli cerdik pandai ini menyarankan dan mengakuinya, pemimpin politik dan taikon kewangan dan regulator badan utama kewangan dunia tidak mahu menrima pakai cadangan dan pandangan tersebut, ia tidak lain adalah  akibat ketamakan melampau puak korporat dan politik ini.

Kesannya, hari ini matawang selain dijadikan sandaran nilai dan medium perantara jualbeli, ia sendiri telah dijadikan sebagai KOMODITI yang juga barang yang dijual dan dibeli.

Dalam bahasa mudahnya, emas dan matawang sendiri dijadikan sebagai objektif dalam sesuatu transaksi jualbeli, ia sepatutnya hanya menjadi perantara namun kini, fungsinya telah disalahgunakan sehingga menjadi barang jualan dan akhirnya menyebabkan nilainya tidak lagi stabil (fluctuate). Ini mencacatkan fungsinya yang sepatutnya dijadikan sandaran atau ukuran bagi nilai komoditi lain.

Matwang yang dijadikan sandaran nilai sepatutnya mempunyai nilai yang hampir tetap, tidak terlalu banyak berubah dan bergerak. Hanya dengan itu, inflasi dapat dikawal dan jualbeli menjadi stabil dan keadilan tersebar.

Namun apabila matawang hari ini di jadikan komoditi, nilai sendiri tidak terkawal. Selain melihat nilai matawang kertas, cuba lihat juga nilai emas hari ini, bukankah ia juga turun naik dengan agak kerap..itu tanda emas yang wujud hari ini diperlakukan secara salah oleh manusia.

Atas sebab itu, hatta jika hari ini kita sibuk menginginkan emas untuk dijadikan matawang, namun dengan sikap dan attitude yang menggangap matawang sebagai komoditi, emas dan perak itu sendri pun akan gagal berfungsi sebagai matawang yang diinginkan oleh Islam.

Sebab itulah, perlu difahami, kejayaan menjadikan emas sebagai matawang belum boleh dianggap satu kejayaan mengislamkan ekonomi sama sekali, malah masih amat jauh.  Malah, apa yang lebih perlu diperbetulkan adalah sikap, kefahaman dan system regulasi kewangan dunia hari ini.

Sistem matawang emas dan perak ini pun bukanlah diperkenalkan oleh Rasulullah, malah ia telah wujud sebelum dari kebangkitan Rasulullah. Islam menerima pakai dua logam berharga itu sebagai matawang dan hanya mampu di “ISLAMKAN’ apabila syarat-syarat urusniaga matawang yang digariskan oleh baginda Nabi DIPENUHI. Justeru, hanya memperjuangkan matawang emas bukan segala-galanya bagi sebuah ekonomi dan kewangan Islam.

Justeru, janganlah ada yang menyangka bahawa system kewangan Islam akan hanya menjadi benar-benar Islam apabila menggunakan emas dan perak sebagai matawang. Tidak semudah itu. Malah dengan fiat money ini juga system kewangan Islam mampu dicapai jika regulasi dan pengurusan matawang berjaya direfomasikan kepada cara yang betul, sama ada cara ia dikeluarkan, edaran, kawalan dan penggunaannya.

MENYEDIHKAN BILA EMAS DIJADIKAN ALAT PELABURAN

Lebih menyedihkan, di ketika laungan dan desakan untuk mengembalikan emas dan perak sebagai matawang dipukul canang oleh sebahagian umat Islam, individu yang sama juga kelihatan sibuk memperdagangkan emas dan menjadikannya sebagai sebagai bahan pelaburan. Mereka sibuk membeli emas dalam bentuk jongkong yang dijual oleh Public Bank, Maybank melalui akaun pelaburan emasnya, atau melalui syarikat-syarikat lain untuk disimpan dan kemudian dijual bagi memperolehi untung atas perbezaaan hari ini dan masa hadapan. Kemudian mereka menggembar-gemburkan kononnya melabur dalam emas adalah Islamik dan menepati Islam.

Hakikatnya itu adalah dakwaan terseleweng mereka, ia tersasar dari falsafah matawang yang digariskan oleh Imam Al-Ghazzali, dan majority ilmuan Islam.

Memang benar, walaupun secara kontraknya jual beli mereka adalah sah apabila menepati syarat serah terima pada satu masa dan sama timbangannya (Yadan bi Yadin mithlan bi mihtlin), tetapi hakikatnya tindakan itu  tersasar dari Maqasid al-Shariah kepada penciptaan emas dan perak itu sendiri.

Malah jika benar-benar satu hari kelak emas dijadikan matawang, individu sebegini yang akan merosakkan system kewangan Islam di ketika itu.  Mengapa? Kerana mereka terlibat dalam mengubah fungsi emas dan perak yang sepatutnya menjadi matawang kepada komoditi dan objektif untuk membuat untung atas perubahan nilai.  Selagi mereka melaksanakan kerja itu, selagi itulah emas juga TIDAK SESUAI dijadikan matawang. Kelak nanti syiling-syiling matawang emas semuanya disimpan dan disorokkan dari gunapakai, kerana ingin menunggu nilainya menaik. Tatkala itu ia akan tergolong dalam erti ihtikar yang diharamkan.!

Perlu difahami, emas yang sudah dibentuk menjadi perhiasan seperti gelang, rantai, cincin dan sepertinya tidak dilarang untuk dijadikan komoditi atas sifatnya yang telah bercampur dengan skill pembuatan dan ditokok tambah pula dengan batu permata dan sebagainya. Tatkala itu, barulah boleh diambil untung atas jualannya.

BAGAIMANA KONTEKS HARI INI MATWANG KERTAS?

Disebabkan matawang emas masih tidak wujud di ketika ini, maka bagi memastikan system kewangan lebih stabil dan selamat pada pandangan Islam, maka apa sahaja yang menjadi galang ganti kepada matawang emas dan perak juga TURUT WAJIB DIKENDALI SESUAI SEBAGAI MATAWANG BUKAN KOMODITI.

Kesatuan Fiqh Islam sedunia, akur kepada system kewangan dunia yang dipegang oleh bukan Islam, mereka mengatur dan menjadikan kertas sebagai matawang. Maka atas dasar hajiat, ulama sedunia bersama pakar ekonomi Islam membuat keputusan keharusan untuk mengunnapakai matawang kertas namun mestilah diuruskan menepati cara urusan emas dan perak.Iaitu dari sudut hukumnya dan juga cara pengendaliannya sebagai matawang, iaitu tidak harus dijadikan komoditi.

Atas sebab itu, forex trading walaupun dibuat spot tetapi untuk mengabil untung atas perbezaan nilai matawang, adalah juga HARAM di dalam Islam kerana ia lebih kepada spekulasi dan perjudian. Di samping isu-isu lain seperti gharar dan keterlibatan riba dalam leverage. Apapun, yang pasti perniagaan forex trading wang kertas pelbagai Negara adalah untuk menraih untung atas perbezaaan nilai matwang adalah HARAM kerana ia adalah judi dan penyebab mudarat kepada system ekonomi dunia dan penyumbang kepada inflasi serta ketidakstabilan nilai matawang.

Bank-bank Islam di seluruh dunia juga dikawal selia oleh Majlis Syariah masing-masing agar tiada unsur spekulasi dalam setiap forex trading mereka. Hanya forex untuk tujuan lindung nilai ( hedging) sahaja dibenarkan. Itulah juga keputusan Majlis Shariah Bank Negara Malaysia. Forex trading untuk raih untung atas perbezaan nilai matwang tidak dibenarkan OLEH MAJORITI Majlis Syariah bank-bank Islam walaupun ia dibuat secara spot.

Hasilnya, kita perlu faham, matawang kertas (fiat money) yang wujud hari ini juga mestilah TIDAK dijadikan komoditi, sama seperti emas dan perak. Itulah yang diwarwarkan oleh Syeikh Taqi Uthmani semasa Forum Kewangan Dunia. Bagi mengurangkan masalah di dalam system ekonomi semasa. Sebagai jalan pertama untuk mewujudkan system ekonomi adil dan menepati Islam.

Malangnya dicelah-celah ketamakan manusia hari ini, matawang kertas fiat hari ini turut menjadi bahan sasaran dan objektif keuntungan. Bukan sahaja bank-bank terlibat, malah ramai individu juga rambang mata berniaga FOREX melalui platform internet, Walau ia ditegah oleh kerajaan, semuanya tidak diendah lagi.

Mereka membeli matawang  sesebuah Negara (Euro sebagai contoh) untuk disimpan sebagai pelaburan bagi menunggu nilainya menaik untuk dijual kembali di pasaran. Inilah punca dan penyebab kelam kabut ekonomi dunia. Sama ada ia dilakukan oleh industri perbankan atau individu. Kesemuanya BERDOSA. Imam Al-Ghazzali berkata :

“Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjualbeli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah BERCANGGAH dengan objktif asal penciptaan matawang,… jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding) = simpan untuk tunggu naik harga dan jual” [1]

Falsafah larangan dan objktif ini dijelaskan oleh Syeikh Taqi uthmani dapat dilihat dengan jelas dari pengharaman riba dan penghalalan jual beli sebagai ganti kaedah untuk mendapat untung.

PENYELESAIAN TEPAT DAN TIDAK PELIK

Sebenarnya cadangan ini tidaklah ganjil dan pelik, malah ia juga telah dicadang oleh ramai pakar ekonomi termasuk yang bukan beragama Islam. Contohnya selepas berlakunya kegawatan pada tahun 1930 an,  ‘Economic Crisis Committee’ telah dibentuk oleh  Southampton Chamber of Commerce, selepas perbincangan dan diskusi mendalam mereka menyatakan:

“In order to ensure that money performs its true function of operating as a means of exchange and distribution, it is desirable that it should cease to be traded as a commodity.[2]

Malah suatu percubaan praktikal telah dicuba dan didedahkan oleh seorang ahli ekonomi bernama Margrit Kennedy di dalam bukunya bertajuk “Interest and Inflation Free Money.” Beliau memaklumkan hasil percubaan pelaksanaan interest free model DAN MATAWANG TIDAK DIJADIKAN KOMODITI yang dilakukan di pekan kecil Austria pada tahun 1932- 1933, dia menyatakan  :

“When over 300 communities in Austria began to be interested in adopting this model, the Austrian National Bank saw its own monopoly endangered. It intervened against the Town Council.”[3]

Beliau juga bersama beberapa pakar ekonomi di USA telah berusaha bagi mencadangkan system alternative ini kepada kerajaan USA pada tahun 1933, tetapi semua cadangan mereka ditolak.

Syeikh Taqi menegaskan :

“In order to save the world from such evil consequences, trading in money itself should be stopped. Exchange of different currencies is, of course, inevitable for the purpose of international trade, for which one currency has to be sold for another currency, and a margin of profit for the seller may be inbuilt in the exchange rate. So far as these exchange transactions are carried out for the genuine purpose of cross border trade of real commodities, it cannot pose a problem. The problem arises when exchange of currencies is meant for speculative transactions in money itself. Unfortunately, majority of currency transactions carried out in the market are purely speculative. ” [4]

Ertinya : “Bagi menyelamatkan dunia dari kesan buruk, penjualbelian matawang MESTI dihentikan, Namun begitu, pertukaran matawang berbeza adakalanya tidak dapat dielakkan bagi keperluan perdagangan antarabangsa, yang mana memerlukan pertukaran dan jualbeli matawang berbeza…dan margin keuntungan penjual mungkin telah dimasukkan dalam nilai tukaran. Biasanya pertukaran dari jenis ini yang didasari oleh tujuan-tujuan asas  perdagangan komoditi sebenar, ia tidak banyak mengancam ekonomi. Masalah sebenar hanya berbangkit apabila pertukaran matawang dibuat bagi tujuan spekulasi dalam nilai matawang itu sendiri. Amat malang apabila didapati majority transaksi pertukaran matawang  dibuat adalah atas dasar spekulasi tulen (judi).

Bayangkan, dengan jumlah global international trade pada tahun 2008 sekitar US$ 32 trillion, [5] iaitu purata US$88 billion setiap hari, mankala ‘daily turnover’ bagi global foreign exchange markets pula dianggarkan pada nilai USD $ 3.98 trillion, [6] iaitu, 45 kali ganda  lebih besar dari jumlah international trade. Ini bermakna hanya 2% daripada pertukaran matawang benar-benar didasari oleh permintaan sebenar oleh kerajaan dan peniga. Baki 98 % adalah dilakukan atas dasar spekulasi yang akhirnya menyebabkan inflasi di seluruh dunia dan menjadi salah satu punca ketidakstabilan ekonomi dunia dan kegawatan.

KESIMPULAN

  • 1)      Wajib mengembalikan fungsi matawang kepada asal iaitu penentu nilai barangan (komoditi) dan perantara kepada proses jualbeli komditi.
  • 2)      Tidak menjadikan matawang samada wang fiat atau emas dan perak sebagai komoditi kerana ia hanya akan merosakkan system nilai dan ekonomi serta menambah inflasi.
  • 3)      Haram hukumnya menyertai FOREX Trading melalui internet di peringkat individu kerana bercanggah dengan undang-undang negara dan banyak syubhatnya di sisi undang-undang Islam.
  • 4)      Setiap penasihat Syariah bank-bank Islam wajib menyemak kembali fatwa mereka (jika ada yang membenarkan) yang membenarkan bank seliaan mereka berniaga FOREX Trading walau mematuhi syarat serah terima sertamerta.
  • 5)      Kerajaan Malaysia amat patut mengenengahkan idea ini kedalam perbincangan ekonomi dengan Negara-negara maju di seluruh dunia. Saya yakin mereka sedar, hasil membenaRKAN matawang sebagai KOMODITI  inilah yang menjadikan Malaysia sasaran George Soros pada tahun 1997. Tanyalah Dr Mahathir tentang hal ini.
  • 6)      PAS dan Pakatan Rakyat juga patut menjuarai isu ini di pentas nasional dan global. Jangan biarkan Syeikh Mufti Taqi Uthmani keseorangan dalam lontaran ideanya.
  • 7)      Kepada penyokong-penyokong matawang emas dinar, jangan anda terlibat dalam perdagangan emas jongkong sebagai komoditi kerana anda adalah punca kegagalan system itu diyakini oleh barat kerana nilainya juga turut akan menjadi fluctuate kerana anda.
  • 8 ) forex YANG DIBENARKAN hanyalah [a] Untuk lindung nilai (hedging) [b] untuk tukar duit kerana urusan luar negara  (yang biasanya tukar di money exchange) [c] forex tukaran matawang yang diperlukan kerana perdangangan komoditi di peringkat antarabangsa yang memerlukan penggunaan matawang berbeza.
  • 9) FOREX trading untuk raih keuntungan yang dilakukan oleh individu sebenarnya kecil sekali berbanding FOREX yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dan bank-bank Komersial. Kerajaan Malaysia sepatutnya MENIMBANG KEMBALI DASAR  FOREX yang besar ini terlebih dahulu. Bukankah dahulu BNM pernah rugi berbillion ringgit akibatnya. Kesimpulannya kedua-dua Forex dari institusi dan perseorangan sama sekali tidak menepati Maqasid Shariah dan merosak fungsi matawang.
  • 10) Sekadar menyimpan emas untuk diri sendiri di kemudian hari, tiada masalah di sisi Islam dan Maqasid Shariah. Apa yang saya sifatkan sebagai bermasalah dalam tulisan ini adalah yang simpan emas sekejap, kemudian jual, kemudian simpan balik, kemudian jual semula. Iaitu mereka yang menjadikan emas untuk trading secara kerap kerana meraih untung perbezaaan nilainya. Jadi, jangan salah faham tulisan ini sebagai in total melarang simpanan emas.

Terima kasih kepada sesiapa yang mampu membaca sehingga tamat artikel ini dan khusunya bagi mereka yang mampu memahami tulisan ini. Sampaikanlah ia kepada sesiapa yang mampu memgambil manfaat darinya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

1 Februari 2010

Oil price rising!

> View full size <

How to change NAT Type 3 to Type 2?

Introduction:

  • DMZ (Demilitarized Zone)

    Short for demilitarized zone, a computer or small subnetwork that sits between a trusted internal network, such as a corporate private LAN, and an untrusted external network, such as the public Internet.

  • MAC Address (Media Access Control Address)

    Short for Media Access Control address, a hardware address that uniquely identifies each node of a network. In IEEE 802 networks, the Data Link Control (DLC) layer of the OSI Reference Model is divided into two sublayers: the Logical Link Control (LLC) layer and the MediaAccess Control (MAC) layer. The MAC layer interfaces directly with the network medium. Consequently, each different type of network medium requires a different MAC layer.

  • NAT (Network Address Translation)

    Short for Network Address Translation, an Internet standard that enables a local-area network (LAN) to use one set of IP addresses for internal traffic and a second set of addresses for external traffic. A NAT box located where the LAN meets theInternet makes all necessary IP address translations.

  • Port

    In TCP/IP and UDP networks, an endpoint to a logical connection. The port number identifies what type of port it is. For example, port 80 is used for HTTP traffic.

  • Port Range Forward

    An interface on a computer to which you can connect a device. Personal computers have various types of ports. Internally, there are several ports for connecting disk drives, display screens, and keyboards. Externally, personal computers have ports for connecting modems, printers, mice, and other peripheral devices.

  • Static IP

    Generally refers to elements of the Internet or computer programming that are fixed and not capable of action or change. The opposite of static is dynamic.

  • TCP (Transmission Control Protocol)

    Abbreviation of Transmission Control Protocol, and pronounced as separate letters. TCP is one of the main protocols in TCP/IP networks. Whereas the IP protocol deals only with packets, TCP enables two hosts to establish a connection and exchange streams of data. TCP guarantees delivery of data and also guarantees that packets will be delivered in the same order in which they were sent.

  • UDP (User Datagram Protocol)

    Abbreviated UDP, a connectionless protocol that, like TCP, runs on top of IP networks. Unlike TCP/IP, UDP/IP provides very few error recovery services, offering instead a direct way to send and receive datagrams over an IP network. It’s used primarily for broadcasting messages over a network.

  • UPnP (Universal Plug and Play)

    Short for Universal Plug and Play, a networking architecture that provides compatibility among networking equipment, software and peripherals of the 400+ vendors that are part of the Universal Plug and Play Forum.

What is NAT all about?

  • NAT Type 1

    You are either NOT behind a router/firewall OR you have already DMZ enabled your PS3. Your PS3 is connected properly and you shouldn’t run into any issues.

  • NAT Type 2

    Your PS3 is connected to a router. Your PS3 is connected properly and you shouldn’t run into any issues.

  • NAT Type 3

    You are behind a router/firewall. While your PS3 may be able to connect to the PSN and perform downloads/updates other functions may not work as intended.

What to do next?

1st step: Getting an PS3 IP Address

Settings > Network Settings > Setting and Connection Status List > Look for an IP Address

You’ll be disconnected from the PSN while you perform your test. Once complete you’ll know which NAT Type your PS3 is.

2nd step: Router’s Configuration

Look for the DMZ > Set to Enable > Paste an PS3’s IP Address

3rd step: PS3 Network Setting

Settings > Network Settings > Internet Connection Setting > Select a setting method (Custom) > Select a connection method (Wireless) > WLAN Setting (Scan) > Choose your SSID > IP Address Setting (Automatic) > DHCP (Do Not Set) > DNS Setting (Automatic) > MTU (Automatic) > Proxy Server (Do Not Use) > UPnP (Enable) > Save Setting > Done!

Azam tahun 2010 / 1431H

Salam WBT..

Pada tahun 2010 bersamaan dgn 1431 Hijrah, aku berazam untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah. Moga² Allah SWT makbulkan cita² & impian aku selama ni. Amin.. Terasa di hati ‘kerinduan’ kepada kaabah. Aku doakan moga azam sahabat² juga tercapai.

Mohon para sahabat aminkan doaku. Terima kasih.. ;)

Kita dalam golongan yang mana?

Siapakah orang yang miskin?

    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

    Siapakah orang yang rugi?

      Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

      Siapakah orang yang sibuk?

        Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
        Sulaiman a.s

        Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

          Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

          Siapakah orang yang manis senyumannya?

            Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil
            berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

            Siapakah orang yang kaya?

              Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

              Siapakah orang yang cantik?

                Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

                Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

                  Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

                  Siapakah orang yang berakal?

                    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

                    Gred Durian?

                    To all Durian addicted, you should know this.. :D

                    Durian

                    Buah durian di Kampung Pamah adalah di antara buah durian yang terkenal di kalangan pengemar durian. Jenis-jenis durian yang boleh di dapati di sini adalah seperti durian kahwin dan kampung. Durian kahwin mempunyai gred seperti berikut:

                    Gred Harga (RM)
                    D24 2.00 ke 3.00 se Kg
                    D96 6.00 ke 7.00 se Kg
                    Raja Kunyit 6.00 ke 7.00 se Kg

                    Durian kampung dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan durian kahwin walaupun ianya mempunyai kualiti yang bagus. Ini adalah kerana penjagaannya yang mudah dan tidak memerlukan kos yang banyak. Durian kampung digredkan dengan Gred A, B, C dan dijual dengan harga di antara RM1.20 ke RM2.00 se kilogram.

                    Found error 80710102?

                    Here is the solution:

                    Change your DNS to 208.67.222.222 or/and 208.67.220.220.

                    InsyaAllah, your problem will be resolved. ;)

                    How to Connect Wireless Internet to a Playstation 3

                    1. Step 1

                      Make sure that your wireless Internet is turned on and working properly.

                    2. Step 2

                      Turn on the Playstation 3 game console.

                    3. Step 3

                      Access the “Network Settings” screen under the “Settings” screen in the main menu.

                    4. Step 4

                      Select the “Internet Connection” tab and select “yes” when the system displays a new screen.

                    5. Step 5

                      Select “easy” on the new screen that pops up asking what type of installation you want to use.

                    6. Step 6

                      Select “wireless” when it asks you what type of Internet connection you have.

                    7. Step 7

                      Select “scan” on the next screen so that the system searches for all available Internet connections in the area.

                    8. Step 8

                      Select your home Internet when the screen pops up displaying the available Internet options.

                    9. Step 9

                      Save your settings on the next screen.

                    10. Step 10

                      Test the connection to make sure that it works properly.

                    Download PS3 Demo Games

                    How to download playable demo games to your PlayStation 3 Console?

                    1. Step 1

                      Turn on your Playstation 3 console.

                    2. Step 2

                      Scroll right to the Network menu and choose “PLAYSTATION Store.”

                    3. Step 3

                      Using the left joystick to move the cursor, click on “Games.”

                    4. Step 4

                      Click on “Game Demos.”

                    5. Step 5

                      Click on the left and right arrows until you see a game you would like to download. Click on that game’s icon with the cursor.

                    6. Step 6

                      Click “Download.” The demo will begin to download. Click “Perform in Background” to continue browsing, or to leave the PlayStation Store.

                    7. Step 7

                      Repeat Steps 5 and 6 if there are other demos you wish to download. You can download more than one thing at once, and you can manage your downloads in “Download Management” in the Network Menu.

                    8. Step 8

                      When a game is finished downloading, you can install it by clicking on the game icon in the Game section of the Main Menu.

                    Things You’ll Need:

                    • PlayStation 3 console
                    • Internet connection